Sunday, January 23, 2011

How to make hair like Hanis Zalikha?


Setiap kali menyinggah ke blog hanis, mata mesti tertumpu ke rambut cik Hanis yang panjang mengurai and ikal iteww.Dia anak orang kaya , so bolehlah membeli shampoo2 , conditioner yang mahal2. Ataupun pergi je ke saloon buat treatment rambut. Heyy.. beruntungnya badan jadi Hanis Zalikha, sudahlah anak orang kaya, muka cantik. Berpelajaran and yan aku notis dia still menerapkan nilai murni as a muslim. Eventhough dia tak pakai tudung, tapi still alim jugak la.(Pandangan mata kasar ku)

Title di atas saja untuk buat gempak, manatau peminat2 hanis bolehlah menaikkan traffic blog ku yang tak berapa glamer ni.

Sewaktu pergi AJL baru2 ni, buatlah juga style rambut hanis. Tapi apa2 pun rambut hanis lagi cantik dari aku. (Mood merendah diri )

Tapi kalau aku nak buat rambut style dia, payah jugak lah. Dah la rambut aku hari2 nak kena sanggul? Huh, working in service industry la katakan. Pernah jugaklah rebonding, tapi last2 tak bertahan akan kelurusannya kerana dek menyanggul hari2.

Tapi takpe!!! Azam ku tahun ni nak dapat rambut baek punya like her!! Mula2 sekali aku kena rajin bagi conditioner rambut aku. Bagi dye rambut mcm dia? Hehehe..
Kalau nak kurus mcm dia.. dahlah metabolisma aku dah turun? itu kena perlahan2.

Tapi my bestfriend cakap kan.. muka dia mcm ex colleague kami yang dah resign. Muka hampir2 sama tapi perangai tu jauh panggang dari api. Pasal muka yang sama dgn hanis tu perampas boipren orang!! huh. (Celuparnya mulut) Pas tu baju mcm taak cukup kain.
Nasib baiklah hanis kesukaan ku ini tidak mcm tu. Aku berharap sangat dia jadi pelakon ker? pengacara ke.. pasal dia CANTIK!!!

Ini salah satu pic hanis yang aku suka tengok rambut dia n her look. Simple but yet elegant!

Sunday, January 16, 2011

How to be Happy in Life



I choose this picture because they look happy together, and remind of my chilhood memory that is full of happiness. :)


Happines is a choice. Unhappy people struggle with judging themselves for not being able to easily shift to a happy state of mind.


Smile a lot - There are enough smiling muscles involved for your brain to think you are smiling and start producing "happy" chemicals.

Sing! - Singing works just like smiling, causing your body to produce "feeling good" chemicals. Sing in the car, sing in the shower , sing when you feel frustrated and notice how the negative feelings melt away.


Hang around positive people - Having happy people around you will make it easy to learn happiness. Happy people have fun around them.


Get a move on - Being physically active makes you happy. Find some activity you like to do and notice how it changes your mood: including any kind of sport, dance and yoga. Make a habit of being active in any way you feel like.


Get creative - Creativity is a great way to find happiness. Paint,draw,dance,sculpt, cook, write poetry or tend the garden. Tap into your creative abilities and find your "happy spot'.


Act like a child - Do childish things to feel young and fresh.Remember,"We do not stop playing because we grow old. We grow old because we stop playing".

Be Kind - Do random acts of kindness every day. It can be as simple as saying something nice,offering help,or giving up your place in a queue.

Be grateful - Practice gratitude: say thank you for everything you have and appreciate in your life.

Monday, November 22, 2010

Working again...



(Konon2 macam kami kat opis.. huhu)
Huh!! Kembali bekerja setelah 12 hari bercuti. 10 hari di sandakan macam tak cukup rasanya..

Tapi tak boleh lama2 jugak.. how i want to get my paycheck? ( Paycheck la sgt..)kalau rileks je kat tanah tumpah kelahiran..

But i know my parents really hope that i can get back to my hometown..

Tunggu ya .. tunggu untuk aku mengumpul duit and get my act together first..

Bila balik dari cuti macam2 yang aku dengar kat opis.. salah satu nya.. bila seorang budak perempuan yang tidak berapa digemari di opis telah make a complaint dengan orang dalam..

Macam 2 la drama yang happens in the opis.. tapi takut komen lebeh2 nanti my cerita ni terr bocor plak..

I have my own opinion in wht really happens in my office.. Everybody want to save their own ass.

Semua bermuka2.. depan baik tapi belakang mengutuk

Tapi tak semuanya bergaya sedemikian rupa..

Ada jugak yang kuat dengan pendiriannya..

Aku pun kadang2 terikut dgn dorang.. nak hidup la katakan..

Tapi i play safe.. if they can act.. i also need to act myself..

At first aku masih ingat lagi, aku suka ikut emosi.. marah2..

Tapi lama kelamaan aku pun mengikut .. tak guna nak marah2.. besok2 kita jumpa muka org tu gak..
Sabau kan je la.. demi untuk menjaga periuk nasi.. and piring astro.. makanan2 kucing ku.. hehehe

k la.. as usually malas nak menghupdate lama2.. kerana aku mempunyai penyakit yang tak boleh tulis blog lama2.. (ada macam tu??)

takpe one day i will try to overcome my 'sickness' tu...

chaloooo...

Saturday, October 30, 2010

Ingin menjadi kurus..






Tadi pergi window shopping..

Nampak seluar denim yang agak stylish and jenis strechable..

Ambik size L.. Yang besar sikit kerana sedar diri punggung ala2 Kim Kardashian.. (Hakhakhakkss)

Masuk fitting room nampak confident..


Kaki kanan dahulukan dulu ..masukkan seluar.. ok boleh masuk

Kaki kiri pun smooth je..


Sampai kat pinggang ok..

Tahan nafas sikit.. butangkan butang tu.. (teringat lagu button pcd.. )I'm telling you loosen up my buttons babe... Oh yeah


Nampak la jugak 'camel toe' tapi tak la dasyat sangat cuz warna seluar tu hitam tebal..

Then sarungkan top warna kelabu..


Jeng jeng jeng...



Aku merotate kan diri depan cermin.. ke kiri ke kanan.. bila aku tengok ke kiri.. nampak perut boroi aku terjojol keluar..


Aku nampak macam Ah sao la pulak.. Auntie yang dah beranak lapan nak pergi keluar berjalan..


Frust gua!!!! Bila la aku nak kurus!!!!

When i see my view infront of me in the mirror.. flash in my eyes everything that im eating.. lazy want to go to gym.. etc...


Eg !!!! Wake up!!! Bila la kau nak kurus kalau kau HANGAT2 TAHI AYAM!!!


Aku nak kurus macam dia..






Sekarang umur dia lebih dari 30 tapi still nampak mengancam.. Mesti kerja dia pergi gym je kan??

Sunday, October 24, 2010

Festival Filem Malaysia ke 23



Aku nak komen sikit pasal rancangan yang tengah ku tontoni sekarang di kaca tv.
Nak komen satu benda sahaja. LAME! Boring!

Red carpet dia pun kelakar.. kalau nak bandingkan dengan Hollywood jauh panggang dari api. RedCarpet mestilah ambil gambar kan? Dah ada jurugambar bertugas untuk ambik gambar.. korang semua (artis & pelakon) dah bergaya makeup bagai nak rak.. so buat apa sia2 kan ia dengan tidak mengambil gambar? Tunggulah sekejap untuk diambil gambar, ini tidak .. jalan meluru macam nak kejar emas je kat depan mata diorang...
Ine thing je, they all MALU2 KUCING!! Hey babe.. rilek la.. loosen up la sikit.. korang dah jadi artis so dah kerja korang bergaya untuk peminat2 korang.. Buduh!!

Gandingan pengacara pun fail.. oK lagi sikit Zizan n Sharifah Shahira.. Tapi Sapa mamat sengal tu.. Hezry Hashim.. control sengal.. hahahah..

Aku tengok siaran langsung ni pasal nak tahu sapa pelakon terbaik.Salah satu penyampai pun dialog macam waktu zaman dolu je zaman 80 an.. ikut skrip memanjang..

Show atas pentas pun fail.. Si radhi oag terkinja2 macam lepas hisap gam je.. (Biasa la identiti dia kan)..

Penyampai buat lawak pun takde respons dari dewan.. Aku di rumah yang tergelak sakan.. Sampai penyampai kena cakap macam ni.." Please la tepuk tangan untuk sya ... "..

Bila la Malaysia nak berubah.. upgrade sikit.

Anyway Kru memang marbeles!! Fresh idea..
Filem2 lain pun boleh tahan la..


Ok adios .. sampai disini sahaja rancangan kali ini.
Berjumpa di siaran lain.. hoho

Saturday, October 23, 2010

My Dearie friend Part 2


Hello ! Hello!!
I'm back..Ok sambung balik cerita semalam yang tergantung.
Selesai memindahkan barang2 Datin Ejah di stor Unisel. Kami pun kembali bertolak ke Sunway. Tapi nak cerita sikit jugaklah perangai kami (Aku n Mr Rasidy)waktu on the way ke Unisel. Tiba2 ada lagu favourite kami terkeluar.. I'll be missing you by Puff Daddy (Time tu la.. sekarang nama dia tukar je P.Diddy). Mr Rasidy ber rap.. aku pulak nyanyi bahagian si Faith Evans tu je.. Heheh.. Thingking of the dayyy... When u went away... What a life to take , what a bond to break .. I'll be missing youu...

Aku bersyukur jugaklah dapat pasangan yang sekepala.. walupun dua2 kepala ego. Huh! Bila bergaduh tak hengat.. Tapi last2 berbaik jugak cuz mengenangkan kasih sayang yang mendalam itewww... Heheheh..

Apa lagi ya.. Tengok tu.. sebenarnya tajuk entry memang tak sampai2 lagi isi cerita dia.. Asyik cerita yang bukan2 je aku ni. Huh ! perangai tak berubah2 aku ni dari sekolah sampai la sekarang..

Ok la aku short cut kan la cerita ku ini.. Sebenarnya aku nak cerita.. selepas dari unisel ada kawan aku sorang.. kawan baik yang lama tak jumpa.. dia call nak tau macam mana nak letak nuffnang dalam blog dia.. Heheehehe..

Dari petang sampai la ke tengah malam kami asyik bersms.. Sampai pagi tadi pun ada continuous sms about it.

Aku ajar dia macam mana nak cantikkan blog.. lalu aku bagilah url blog aku..
Pas tu dia sms.. wah ada cerita ku dalam blog kau.."

Huh?? Aduhh... aku lupa yang aku ada 'mengumpat' tentang dia di blog aku!!
Kekantoian yang melanda..
Tapi nasib baik aku ni bukan orang yang berhati busuk.. aku ialah orang yang berhati fabuluso.. yang dari jauh harum bau dia.. ekekek.. Aku tak la mengumpat dia.. tapi aku memuji dia dalam diam... Tapi bila dia dah terbaca.. maksudnya .. aku memuji dia dalam bising la pulak kan.. hmm..

Ok la tak nak merapik lagi di sini.. nanti boring pulak orang baca kan..

Anyway.. it's a good journey that day.
ok wait seminit..

-Lepas Unisel - Ke Mydin beli barang untuk yana and the baby in the house!! - Then ke Taipan tengok2 kalau ada stok kucing comel( Si Ejah hampir 'terpedaya' dengan seekor kucing parsi hitam yang minta dibawak balik - Then after that balik rumah..

Bila sampai rumah.. ada pulak anak2 %^&*$%%$!!

Si ejah tak terkata.. anak2 kakak dayang yang pro aktif melebihi tahap gaban.

Malam tengok Juon.. Tapi sekejap je.. then sambung main baking life..
Susah kalau ada 3 account aku kena jaga (Playing baking life)..

Malam tidur.. ada bunyi kucing yang pelik bunyi dia..Huhu

Ok sekian cerita saya kali ni.

Muahsss. Love u all!1

Owner of Charming
XXOOXXOO

My Dearie Friend

Dah pukul 12.30 tapi aku ada mood untuk menulis malam ni. Mata dah mengantuk tapi hati tu gatal nak jugak menulis.. Tiba2 ada udara luar yang sejuk menerobos masuk ke kamar beradu ku ( Chewah.. )
Pagi tadi kami bangun pukul seawal pukul 5 pagi. Breakfast di Restoran yang agak terkenal di kawasan Bandar Sunway (Metro) Shaaz. Aku makan satu set roti, my Rasidy makan roti canai bersama dengan nescaffe panas.. Oh aku pulak minum teh tarik.
Memandu di awal pagi memang best. Destinasi kami ialah batang berjuntai yang sudah ditukar kepada Bestari Jaya. Kami akan menjemput anak buah yang dipanggil ejah. Tapi hari ni dia macam ala2 datin bak kata Rasidy. Apalah aku ni melalut2..
Si ejah tu belajar di unisel. Cantik tapi jauh jugaklah tempat dia. Nasib baik ada highway.. and ber'nasib baik' jugaklah dompet kami bayar tol je.
Kami sampai depan hostel si ejah dalam pukul 8 pagi.. Aku call ejah.. dia dalam keadaan mamai menjawab panggilan.."Ejah.. kami dah sampai di sini.. " hehe .. Ejah membalas "Apa???!!! Aku fikir kamu lambat sampai.. manatau kamu sesat lagi ka??Dengan nada tidak mempercayai yang kami sudah sampai di unisel. Aku membalas.. "Kan aku cakap kami bertolak sebelum subuh lagi... Hehehe" ..
Ok lah.. mata dah ngantuk ..aku sambung lagi cerita ni boleh bah kan..

Nite2... (Apalah punya blogger.. pemalas!!)..

Saturday, September 25, 2010

My Charming sudah berpunya!!


Sebenarnya title di atas sudah lama berlaku. Tapi baru sekarang aku ada masa untuk mengupdate tentang tunang si charming.
Sebenarnya aku n bf saja ingin menanya tentang clinic mana yang terdekat untuk charming. Bila dah sampai di kedai, boleh pulak bf aku terpikat dengan satu kucing kecik. Bila ditanya kenapa suka sangat dengan kucing ni, " sebab inilah warna yang ku cari2 selama ni"..

Then i asked again.. is this male or female.. Orang tu jawab.. Female. Lagilah bf aku suka yang teramat sangat. Sesuai sekali!!! kata bf aku. Tanya harga... Hurmm.. Harga dia takdalah mahal sangat seperti mana2 baka persina yang lain. Ada tu yang kecik pun dalam RM 1500..

Sempena world cup dia jual murah sikit. Dengan perasaan yang membuak2.. bf aku terus cepat ajak ke mesin ATM yang berdekatan. Siap pesan dengan tuan punya kedai lagi jangan jual anak kucing tu dengan orang lain.

So akhirnya kami membawa lah pulang seekor lagi anak kucing ke rumah. Siap bergurau dengan kak Dayang yang kami jumpa kucing tu kat luar. Dia terkejut.. cantiknya!! Eh mesti tuan dia cari balik ni..

Hari berlalu .. tak sangka dah 2 bulan anak kucing yang kami namakan britney tinggal di rumah. She also get along very well with our dearest Charming. Happy tengok charming ada teman.. Kalau dulu selalu terbaring macam orang kehilangan anak bini ataupun macam Donald Trumpa yang jatuh bankrup. Sekarang happy macam pelakonhindustan yang berlari2 di taman siap tukar2 baju lagi lagaknya..

Pernah jugaklah Britney hilang selama 2 hari. Cuba nak buat biasa, tapi tak boleh.. Kami assume yang dia memang dah kena kidnapped oleh orang cuz bulu dia memang cantik. Aku pun kalau jumpa kucing macam tu memang tak lepas punyalah.

Suatu pagi dalam pukul 5, my bf terdengar suara anak kucing mengiow lembut.Dia pun dengan cepatnya terus pergi ke bunyi tu.. Britney ada kat tepi balkoni.. Dipendekkan cerita.. Bulu dia memang kotor siap dengan daun2 and lumpur.. Kami terfikir mesti dia bersembunyi di pokok2 renek. Sebab kalau dia disembunyikan oleh orang.. badan dia mesti bersih.

Malam sebelum dia ter'ke'jumpaan tu, aku dah bermonolog dalaman dengan Britney. "Britney, tolong lah jaga dirimu baik2.. kalau kau boleh lepas dari orang yang menculik kau tu, tolonglah keluar dan baliklah ke rumah.. Mama menunggu mu... "

Mungkin dia dengar ke? Instict dia kuat ker? Tapi yang penting aku dah semakin sayang dengan Britney sejak dia hilang tempohari. Charming memang dari dulu selalu hilang tapi dia pandai jaga diri.. Dia pandai pulang balik.

Kadang tu kami yang terpaksa turun padang looking for him.

Ok la setakat ini saja post kali ni.. Nanti kalau dia dah beranak ke.. akan ku publishkan kat sini..

*Sorrylah kalau text tunggang terbalik... *Tiada kemahiran yang khusus dalam era penulisan :)

Sunday, May 2, 2010

5 days to go!! Pangkor here we come..





Tengah excited untuk pergi ke Pangkor dikelolakan oleh Pihak Hotel. Teruja keran pergi dengan kawan baik and teman lelaki yang tercinta.. Uppsss!! Jangan dilupa with my kakak tersayang juga..

Semalam kami pergi membeli baju2 and aksesori untuk ke pantai. Habis lah jugak duit dalam RM200.00 gitu.. Kata bf "Ala.. takpe sekali sekala.. sporting juga bf untuk melihat aku bergaya seksi untuk beach look.. not "bitch look" ya..

Mudah2an semuanya berjalan lancar..

Tapi pagi tadi aku mendapat satu berita, perempuan yang aku tak suka itu pun datang.. Tapi ahh.. lantaklah, sampai di sana buat biasa je. Aku benci tengok muka dia, ntah kenapa? And lagi satu, kalau tengok aku semacam.. Dan yang buat aku tambah tak suka.. bf aku suka 'menggatal' nak berborak dengan dia konon.. Hmm.. aku ni kuat jeles ka? Tapi memang aku tak suka perempuan tu.. Nak buat camno??

Monster green eye betul lah aku ni...

Nanti aku akan insyaAllah letak dalam blog perjalanan aku ke Pangkor ya..

Friday, December 25, 2009

DVD's Marathon

Hi... Im back again.

It's been a while im not writing anything to this Charmingku bloggy..Bukan apa, masalah yang mungkin akan aku hadapi dalam dua tahun ini ( Mengikut contract yang aku dah sign), masalah dengan Jalur lebar internet yang dikendalikan oleh P1. (Mesti CEO P1 marah kat aku sekarang).

Sekejap ok, sekejap tak ok. Atau lokasi tempat tinggal aku inikah yang tidak mempunyai jodoh yang sesuai dengan P1? Mereka tidak sebulu? Chemistry between them is 'none'? Hehe. .apalah yang aku merepek ni. Rasanya isu ni tak abis2 kan?

Ok lah bergerak ke cerita baru.. Aku dah bangun dari pukul 5.30 am today 26 Dec 2009. Menyambung semula cerita yang aku tengok melalaui DVD yang baru aku beli.

I don't know with me yang suka sangaaatt melihat cerita RomCom ( Romantic Comedy). Dari aku duduk dengan kakak aku yang berada di Balakong ketika itu.

Ok , cerita pertama yang aku tengok ialah cerita yang bertajuk ( skemanya..)' LOVE HAPPENS'. Aku beli DVD ni because ada Jennifer Anniston , and the sinopsis macam best je. Tapi pertengahan cerita aku dah rasa bosan.. Terfikir bila lah cerita ni nak end.But still a good motivation story la..For cetain people yang tidak boleh let their past sad memory or whatsoever..The story is ..We need to move forward. Aku kesian tengok parrot dia ditinggalkan di hutan. Comel betul parrot tu.






DVD kedua aku tengok ialah 'All about Steven'. Lakonan Sandra Bullock and mamat yang ada aku minat sikit-sikit la.. wajahnya ya agak tampan.. Tapi in real life mesti aku tak akan jatuh cinta ngan dia cuz he have this arrogant look. The personality nya la. Bradley Cooper namanya.. Dulu dia just pelakon watak pembantu.. sekarang dah ok dah .. sikit dia jadi hero. Tapi dalam filem ni dia takdalah hero sangat pun..
Tapi aku suka tengok Si Sandra ni, kelakar, pandai berlakon. Tapi lakonan dia macam agak sama dengan gaya lakonan dalam Miss Congeniality nya. Kalau watak comedy mesti ada trademark ketawanya tu. Tapi she's the best la..Dia melakonkan watak seorang yang hyper active, smart.. gaya hyper nya tu mengingatkan aku pada kawan sekerja ku.. Opss.. Nama rahsia.. Macam sama bah gayanya.. Yang hyper la.. Tak nak elaborate lebih-lebih.. takut satu hari nanti dia terbaca ini blog... huhu
Filem ni walaupun romcom.. tapi boleh aku menangis merembeskan airmata gitu!!!
Ada adegan yang touchy jugaklah.. Pandai bah orang America ni buat filem yang ala2 menyentuh perasaan..



Then cerita ketiga aku tengok yang selesai dalam pukul 8.30 pagi ialah cerita 'The Private Lives of Pipa Lee'.. it's a dramatic movie la kiranya atau biography tentang wanita yang bernama Pipa Lee.. Aku suka dengan susun atur ceritanya..
Pelakon-pelakon nya pun boleh tahan.Watak mama nya tu aku suka.. Pandai betul dia berlakon. Aku rasa dia berlakon dalam cerita CSI ka atau siri ntah.. tapi wajahnya familiar.. Pelakon kesukaan ku pun ada.. ala.. bukan suka tengok lakonannya pun.. tapi wajahnya tu aku suka tengok.. Blake Lively.. Winona Ryder pun ada dengan Keanu Reeves.. Seminit aku terkonpius sekejap yang Winona n Keanu bekas pasangan kekasih.. Tapi WRONG!!! Winona dengan Johnny Deep la.. Apalah aku ni.. Konpius..

Saturday, October 10, 2009

Uploading a pic..

Im in the midst of uploading my pic to the Muka Buku.. Entah lah, it's without fail mesti aku tidak akan berjayanya mengupload gambar. Ntah pasal aku ni buta IT ke atau apa..



Tapi kalau gambar satu- satu boleh pulak..



I ask my friends, macam senang saja diaorang buat. Hmm.. sabar, untuk mendalami sesuatu yang baru itu kena bersabar..



Aku saja-saja mengupdate blog yang tidak berapa dikunjungi ni. ( Hehe .. sedar pun) Mungkin kalau aku meletak gambar bogel.. kebarangkalian untuk dikunjungi itu berlipat ganda agaknya kan? Promosi murah! Hehe..



Aku baru sahaja membaca blog anak buah yang tercinta. Aku senang dia pun senang.. Mudah - mudahan dia ok ok aje disana..



Sambil-sambil aku menekan-nekan untuk mengarang disini.. aku menengok nengok la gambar-gambar di muka buku. Ternampak gambar kawan sekolah dahulu. Wah.. dulu aku memikirkan yang kawan aku seorang ini mempunyai wajah yang cantik dan menarik.. Tapi sekarang.. aku rasa sepupu aku yang gemuk itu lagi cantik dari dia! Hahaha.. bukanlah cemburu, tapi kenyataan! Hehehe..



Dan tidak mau riak la ye.. aku lagi cantik dari dia! Asthafirulla al azim.. bawak mengucap eg.



Kecantikkan itu dari persepsi masing -masing. Ada yang suka cantik ayu.. ada yang suka cantik jelita, cantik comel pun ada .. macam - macam cantik lagi lah..



Mungkin aku ingin meletak gambar yang baru-baru ini.. bukan la baru sangat pun. Tapi waktu bulan puasa lepas.. Aku suka tengok gambar ku ini.. macam naive je..Not too much make up.. just a plain jane.. but it's capture my heart.. :)





Kalau ada sapa-sapa di luar sana yang ingin mengutuk gambar ini.. kutuk la..

Yang penting aku bahagia.. ( Macam budak-budak punya ayat kan?)








Aku sebenarnya.. terkeliru dan bercelaru sedikit.. macam mana agaknya aku ingin mengisi open diary ku ini. Bila aku "blogwalking' semua konsep macam sama saja. Diaorg akan menceritakan.. tentang perihal semasa.. cerita - cerita kelakar.. ataupun apa sahaja supaya orang boleh membaca blog mereka. Tapi aku? I have no idea at all!!


tapi bila aku membaca kembali diary ku yang dulu - dulu.. not bad! Sometimes im a bit joker and hilarious .. I can write.. but when it comes to HERE.. i blank!

It's ok.. i't will develop time by time.

Kadang-kadang ada cerita lucu yang aku ingin ceritakan disini dari kehidupan seharian ku.. tapi tak sempat pulak aku mau menaip. Bila dah nak menaip.. dah lupa semua..

Pembaca-pembaca di luar sana.. tolong la bagi komen pada aku yang 'kesian' ini.. Huhu

Salam.

Friday, October 2, 2009

Semangat Baru..


Aku telah mendapat satu semangat baru sejak balik dari Sandakan. Termenung sambil merenung ke luar tingkap pesawat.. Aku dah lama bekerja di Tanah Semenanjung, tetapi tiada hasil yang dapat ku banggakan untuk dibawa balik ketanah tumpah airku.. especially untuk aku tunjukkan pada kedua ibu bapa ku.


Sudah dekat sepuluh tahun bekerja.. tapi ....

Aku tak nak mengeluh..


Tuesday, September 22, 2009

Selamt Hari Raya... ( Before fly to Sandakan)

Aku sekarang di Bumi kelahiran ku , iaitu Sandakan. Beraya di sini.. 9 hari aku disini.Tadi tengahari aku pergi ke rumah sepupu ku di batu 7 Fajar. Wah. sampai sekarang aku kepeningan kepala. Datang ke sana pukul satu, but ended makan tengahari bila jarum mencecah ke pukul 4.




Ada majlis 'hantaran'. Tapi rasa macam majlis perkahwinan saja. Sempat la aku jadi 'pengapit' sekejap. There's a few pic i already taken otw from KL to Sandakan. Aku mau menulis perjalanan ku from the day aku cuti hingga sekarang la. Nak menghupdate kan blog la ni kiranya..


Sebelum balik on 20 hb aku sempat ambik gambar - gambar anak buah ku untuk tatapan neneknya di Sandakan.. Ambik ucapan video lagi. Kesian jugak aku tengok kakak ku yang dah lamaaaa sangat tak balik Sabah.







My sister.. sebelum membagi ucapan to my mum.. Hehe..
That's is my newest niece.. Nurul Azya Azyan. Dipanggil acha.. Macam Acha Sepriasa je kan?
Tema baju warna biru..
Ntah la apa lagi nak tulis.. Aku ni lately cepat sangat kehabisan idea mau menulis..
Rasa macam nak upload je gambar- gambar.. biar gambar saja yang bercerita..
Right now im at the CC. So lagi lah kelam kabut la gaya penulisan ku.. Mesti pembac a di luar sana pun boring...

Wednesday, August 19, 2009

Im back..

Lately aku dilanda ketidak puasan terhadap P1 Wimax.. Sampai aku dah tak de masa nak mengupdate my dearie.. open blog ini.


Tapi malam ni ok pulak line dia.. Kalau tak ok.. Memanglah tak ok langsung. Tapi once the line ok, its damn fast.. Cubalah dia ok teruuus..


Tadi aku tengok balik gambar kahwin kawan ku Rozie, aku bangga ada kawan macam dia tu. She's something that aura that she have. Dia unique.. Kalau dia nak benda tu dia akan buat. Aku suka cara dia yang berdisiplin.. Kalau dia nak benda tu, dia akan cari betul2 n buat yang terbaik.


Aku tak macam dia.. Hangat2 tahi ayam.. But satu benda yang kami sama.. Both of us berimpian besar. Bercita2 tinggi untuk memperbaiki hidup.. Hmm.. ah! Tak nak mengeluh la.. Aku ni belum cuba dah mengalah..


Actually dear diary.. Banyak yang aku rancang dalam hidup ni..

Mau sambung belajar balik..


Ok la.. aku nak attach gambar kahwin kawan aku rozie..

Aku suka dengan baju dia kat gambar nie.. Bring me some inspiration.. Hehehe..


I proud of u Victoria @ Rozie!!


Muahhh..


Owner of Charming

xx00xx




Tuesday, August 11, 2009

What a day 2!

Semalam aku tak sempat mau mengupdate blog kerana keletihan atau busy doing something.. Hehe



As schedule, kalau hari isnin aku akan ke kelas menari @ Taipan. Tetapi tiba2 je aku takde mood. Boleh gitu?

Aku rasa penat , takde mood and pening yang sampai tahap nak muntah..



Maybe because of monday blues kot.. Lagipun ditambah dengan tambang teksi yang dah semakin mahal sekarang ni. Aku biasanya akan naik teksi atau pun bas * Itupun sekali je :) *



Hari semalam kami akan diajar tarian " Samba".. Aku excited jugak last week tu nak belajar, tapi when it comes the time.. aku takde mood pulak. Aparah aku ni kan.. Hangat 2 tahi ayam.



Tabiat ku yang satu itu macam tak nak hilang pulak.

Aku bertukar tempat menaip..Tadi di dalam bilik sekarang di ruang tamu.

Dah 3 hari si ejah tiada di rumah. Tak sangak rindu jugak aku dengan anak buah ku yang pemalas tu..



Dia kalau bangun.. lambat nya la.. bukan bila matahari dah tinggi.. Ini dia bangun bila matahari dah condong 360 darjah..Kul 2 atau 3 pm dia baru nak mulai hidup dia.



Kuat tidur! Tapi apa2 pun, dia anak buah ku yang baik lah. Yang dengar cakap..



Channel MTV sekarang tengah memaparkan video klip artis yang bakal buat show on this saturday 15 August 2009 @ Sunway lagoon theme park . InsyaAllah aku akan pergi, dapat tiket free! hehehe.. Tapi tak berapa excited, ntahlah? Maybe aku dah tua kot.. Pasal gi konsert ni aku dah puas sebenarnya..

Lagi satu aku takde baju nak pakai.. Hmph..



Aku plan nak mengemas rumah sabtu ni, tapi ada konsert ni pulak. Aku dah terlepas cakap nak pergi ....... Arghhh!!!! Tensionnya.. Dalam tengah mngupdate blog ni tiba2 line tak berapa bagus!

Bila aku bukak balik, tulisan yang precious, my luahan hati yang ekslusif tu tak tersave!!!!

Sakitnya hati.. Malas nak menulis lagi... Apalah punya P1!!!!!!

Owner Charming yang sakit hati...

Sunday, August 9, 2009

What a day!

Early in the morning... aku bangun seperti biasa, bersiap untuk pergi kerja. Tapi pagi tadi ialah pagi yg luar biasa sikit bagi anak buah ku yang tersayang.. Ejah.

Dia akan mendaftar masuk di institut pengajian tinggi swasta ( Next year akan jadi IPTA , they said la) UNISEL.

Dia cakap.. " Lek la ..Amik MC la.. "

Aku at first seperti teragak2 untuk mengikuti "perjanjian syaitan" dia tu. Tapi lama kelamaan aku macam jatuh simpati melihat dia bersungguh2 " merasuk" aku..
Aku pun called la opis.. 'Uhuk2 uhuk.. hello Kak Norma , aku tak berapa sihat la..Nak amik MC ari ni.. bla bla bla.."

"Ala.. tak bolehlah zie.. Mona dah MC.. Takkan nak suruh Jeeta kerja sampai kul 6pm?

Aku pun terbayang la budak kecik molek macam muka Jacylyn Victor tu bekerja dari kerja pukul 8am to 6pm..
Aku pun membatalkan niat untuk mengambil MC pada hari ini..

Tapi terlihat riak muka kecewa anak buah ku itu..Dia ingin sangat aku ikut serta ke UNISEL.

Takpe lain kali aku akan melawat dia.. InsyaAllah denga teman lelaki ku yang tersayang..Encik Rasidy.

Di tempat kerja memang aku sibuk gila..

Sampai sarapan pagi yang aku beli tak sempat dijamah..

Dalam pukul 12pm baru aku meyentuhnya..

Hmm.. sorang2 di rumah terasa sayu la pulak..

Secara positifnya..tak payahla aku berebut menggunakan ini Pink Lappy..

Sesungguhnya aku merindui mu Ejah..

Hehe.. poyonya..

Friday, August 7, 2009

Assalamualaikum.....

Syukur kepada Allah yang maha besar..

Memberi aku peluang untuk mengecapi nikmat yang diberikan oleh NYA.

Ini ialah blog yang kedua bagiku..

Yang pertama itu mempunyai pengalaman yang manis jugak.. Tetapi ingin ku lupakan

Kita selalu dinasihatkan untuk tidak melihat ke belakang kan?


Ok, this is the first post for my newly blog...

Im gonna be serious to update it eveyday or frequently. This is the request from my beloved sister..

Kami berjauhan, itu sebab nak get on track from each other by reading each other blog...

Bagus kan teknologi sekarang?

Kalau dulu, diary kita ditulis di dalam buku dan kemudian akan dicuri - curi baca oleh kaum

keluarga yang terdekat..

Aku baru memiliki laptop ini.. Semalam baru aku membelinya.. This my own la.. Bukan macam dahulu, kena berkongsi denagn orang..

Hey.. bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian kan?

Anak buah ku yang berhempas pulas meng on kan P1 Wimax ni semalam..

Susah2 nak menghidupkannya.. tapi bila dah on.. dia cukup laju jugak la bagi sebuah broadband..

I give a credit to this wireless broadband.. Tapi jangan la buat hal di kemudian hari...

And it seems since lappy ni ada di rumah ku.. my sayang charming tak dipedulikan lagi .. hehe.. Jangan marah ya charming..

Dia ada satu ketika.. tiba 2 melompat ke atas lappy yang berwarna pink ni.. Ingin menunjukkan protesnya pada ku la tu...

Apa lagi yang ingin ku tulis ya?

Oh hari ni aku cuti.. Bekerja 5 atau 6 hari then dapat cuti..

Bekerja dalam bidang hospitality ni memang memenatkan.. customer service..

Everyday need to face customer punya peel..

Takpe, untuk mencari rezeki.. Then mengambil pengalaman..

InsyaAllah dalam blog ini jugak akan ku coretkan kisah2 di tempat kerja atau di mana2 juga.

Enjoy reading!!!

Ps: To my sister, janganlah mengutuk penulisan ku yang berbau kepoyoan ini ya! :)

Kirim salam ngan fazilah..Muahsss...

Owner of charming.