Saturday, October 23, 2010

My Dearie Friend

Dah pukul 12.30 tapi aku ada mood untuk menulis malam ni. Mata dah mengantuk tapi hati tu gatal nak jugak menulis.. Tiba2 ada udara luar yang sejuk menerobos masuk ke kamar beradu ku ( Chewah.. )
Pagi tadi kami bangun pukul seawal pukul 5 pagi. Breakfast di Restoran yang agak terkenal di kawasan Bandar Sunway (Metro) Shaaz. Aku makan satu set roti, my Rasidy makan roti canai bersama dengan nescaffe panas.. Oh aku pulak minum teh tarik.
Memandu di awal pagi memang best. Destinasi kami ialah batang berjuntai yang sudah ditukar kepada Bestari Jaya. Kami akan menjemput anak buah yang dipanggil ejah. Tapi hari ni dia macam ala2 datin bak kata Rasidy. Apalah aku ni melalut2..
Si ejah tu belajar di unisel. Cantik tapi jauh jugaklah tempat dia. Nasib baik ada highway.. and ber'nasib baik' jugaklah dompet kami bayar tol je.
Kami sampai depan hostel si ejah dalam pukul 8 pagi.. Aku call ejah.. dia dalam keadaan mamai menjawab panggilan.."Ejah.. kami dah sampai di sini.. " hehe .. Ejah membalas "Apa???!!! Aku fikir kamu lambat sampai.. manatau kamu sesat lagi ka??Dengan nada tidak mempercayai yang kami sudah sampai di unisel. Aku membalas.. "Kan aku cakap kami bertolak sebelum subuh lagi... Hehehe" ..
Ok lah.. mata dah ngantuk ..aku sambung lagi cerita ni boleh bah kan..

Nite2... (Apalah punya blogger.. pemalas!!)..

Saturday, September 25, 2010

My Charming sudah berpunya!!


Sebenarnya title di atas sudah lama berlaku. Tapi baru sekarang aku ada masa untuk mengupdate tentang tunang si charming.
Sebenarnya aku n bf saja ingin menanya tentang clinic mana yang terdekat untuk charming. Bila dah sampai di kedai, boleh pulak bf aku terpikat dengan satu kucing kecik. Bila ditanya kenapa suka sangat dengan kucing ni, " sebab inilah warna yang ku cari2 selama ni"..

Then i asked again.. is this male or female.. Orang tu jawab.. Female. Lagilah bf aku suka yang teramat sangat. Sesuai sekali!!! kata bf aku. Tanya harga... Hurmm.. Harga dia takdalah mahal sangat seperti mana2 baka persina yang lain. Ada tu yang kecik pun dalam RM 1500..

Sempena world cup dia jual murah sikit. Dengan perasaan yang membuak2.. bf aku terus cepat ajak ke mesin ATM yang berdekatan. Siap pesan dengan tuan punya kedai lagi jangan jual anak kucing tu dengan orang lain.

So akhirnya kami membawa lah pulang seekor lagi anak kucing ke rumah. Siap bergurau dengan kak Dayang yang kami jumpa kucing tu kat luar. Dia terkejut.. cantiknya!! Eh mesti tuan dia cari balik ni..

Hari berlalu .. tak sangka dah 2 bulan anak kucing yang kami namakan britney tinggal di rumah. She also get along very well with our dearest Charming. Happy tengok charming ada teman.. Kalau dulu selalu terbaring macam orang kehilangan anak bini ataupun macam Donald Trumpa yang jatuh bankrup. Sekarang happy macam pelakonhindustan yang berlari2 di taman siap tukar2 baju lagi lagaknya..

Pernah jugaklah Britney hilang selama 2 hari. Cuba nak buat biasa, tapi tak boleh.. Kami assume yang dia memang dah kena kidnapped oleh orang cuz bulu dia memang cantik. Aku pun kalau jumpa kucing macam tu memang tak lepas punyalah.

Suatu pagi dalam pukul 5, my bf terdengar suara anak kucing mengiow lembut.Dia pun dengan cepatnya terus pergi ke bunyi tu.. Britney ada kat tepi balkoni.. Dipendekkan cerita.. Bulu dia memang kotor siap dengan daun2 and lumpur.. Kami terfikir mesti dia bersembunyi di pokok2 renek. Sebab kalau dia disembunyikan oleh orang.. badan dia mesti bersih.

Malam sebelum dia ter'ke'jumpaan tu, aku dah bermonolog dalaman dengan Britney. "Britney, tolong lah jaga dirimu baik2.. kalau kau boleh lepas dari orang yang menculik kau tu, tolonglah keluar dan baliklah ke rumah.. Mama menunggu mu... "

Mungkin dia dengar ke? Instict dia kuat ker? Tapi yang penting aku dah semakin sayang dengan Britney sejak dia hilang tempohari. Charming memang dari dulu selalu hilang tapi dia pandai jaga diri.. Dia pandai pulang balik.

Kadang tu kami yang terpaksa turun padang looking for him.

Ok la setakat ini saja post kali ni.. Nanti kalau dia dah beranak ke.. akan ku publishkan kat sini..

*Sorrylah kalau text tunggang terbalik... *Tiada kemahiran yang khusus dalam era penulisan :)

Sunday, May 2, 2010

5 days to go!! Pangkor here we come..





Tengah excited untuk pergi ke Pangkor dikelolakan oleh Pihak Hotel. Teruja keran pergi dengan kawan baik and teman lelaki yang tercinta.. Uppsss!! Jangan dilupa with my kakak tersayang juga..

Semalam kami pergi membeli baju2 and aksesori untuk ke pantai. Habis lah jugak duit dalam RM200.00 gitu.. Kata bf "Ala.. takpe sekali sekala.. sporting juga bf untuk melihat aku bergaya seksi untuk beach look.. not "bitch look" ya..

Mudah2an semuanya berjalan lancar..

Tapi pagi tadi aku mendapat satu berita, perempuan yang aku tak suka itu pun datang.. Tapi ahh.. lantaklah, sampai di sana buat biasa je. Aku benci tengok muka dia, ntah kenapa? And lagi satu, kalau tengok aku semacam.. Dan yang buat aku tambah tak suka.. bf aku suka 'menggatal' nak berborak dengan dia konon.. Hmm.. aku ni kuat jeles ka? Tapi memang aku tak suka perempuan tu.. Nak buat camno??

Monster green eye betul lah aku ni...

Nanti aku akan insyaAllah letak dalam blog perjalanan aku ke Pangkor ya..

Friday, December 25, 2009

DVD's Marathon

Hi... Im back again.

It's been a while im not writing anything to this Charmingku bloggy..Bukan apa, masalah yang mungkin akan aku hadapi dalam dua tahun ini ( Mengikut contract yang aku dah sign), masalah dengan Jalur lebar internet yang dikendalikan oleh P1. (Mesti CEO P1 marah kat aku sekarang).

Sekejap ok, sekejap tak ok. Atau lokasi tempat tinggal aku inikah yang tidak mempunyai jodoh yang sesuai dengan P1? Mereka tidak sebulu? Chemistry between them is 'none'? Hehe. .apalah yang aku merepek ni. Rasanya isu ni tak abis2 kan?

Ok lah bergerak ke cerita baru.. Aku dah bangun dari pukul 5.30 am today 26 Dec 2009. Menyambung semula cerita yang aku tengok melalaui DVD yang baru aku beli.

I don't know with me yang suka sangaaatt melihat cerita RomCom ( Romantic Comedy). Dari aku duduk dengan kakak aku yang berada di Balakong ketika itu.

Ok , cerita pertama yang aku tengok ialah cerita yang bertajuk ( skemanya..)' LOVE HAPPENS'. Aku beli DVD ni because ada Jennifer Anniston , and the sinopsis macam best je. Tapi pertengahan cerita aku dah rasa bosan.. Terfikir bila lah cerita ni nak end.But still a good motivation story la..For cetain people yang tidak boleh let their past sad memory or whatsoever..The story is ..We need to move forward. Aku kesian tengok parrot dia ditinggalkan di hutan. Comel betul parrot tu.






DVD kedua aku tengok ialah 'All about Steven'. Lakonan Sandra Bullock and mamat yang ada aku minat sikit-sikit la.. wajahnya ya agak tampan.. Tapi in real life mesti aku tak akan jatuh cinta ngan dia cuz he have this arrogant look. The personality nya la. Bradley Cooper namanya.. Dulu dia just pelakon watak pembantu.. sekarang dah ok dah .. sikit dia jadi hero. Tapi dalam filem ni dia takdalah hero sangat pun..
Tapi aku suka tengok Si Sandra ni, kelakar, pandai berlakon. Tapi lakonan dia macam agak sama dengan gaya lakonan dalam Miss Congeniality nya. Kalau watak comedy mesti ada trademark ketawanya tu. Tapi she's the best la..Dia melakonkan watak seorang yang hyper active, smart.. gaya hyper nya tu mengingatkan aku pada kawan sekerja ku.. Opss.. Nama rahsia.. Macam sama bah gayanya.. Yang hyper la.. Tak nak elaborate lebih-lebih.. takut satu hari nanti dia terbaca ini blog... huhu
Filem ni walaupun romcom.. tapi boleh aku menangis merembeskan airmata gitu!!!
Ada adegan yang touchy jugaklah.. Pandai bah orang America ni buat filem yang ala2 menyentuh perasaan..



Then cerita ketiga aku tengok yang selesai dalam pukul 8.30 pagi ialah cerita 'The Private Lives of Pipa Lee'.. it's a dramatic movie la kiranya atau biography tentang wanita yang bernama Pipa Lee.. Aku suka dengan susun atur ceritanya..
Pelakon-pelakon nya pun boleh tahan.Watak mama nya tu aku suka.. Pandai betul dia berlakon. Aku rasa dia berlakon dalam cerita CSI ka atau siri ntah.. tapi wajahnya familiar.. Pelakon kesukaan ku pun ada.. ala.. bukan suka tengok lakonannya pun.. tapi wajahnya tu aku suka tengok.. Blake Lively.. Winona Ryder pun ada dengan Keanu Reeves.. Seminit aku terkonpius sekejap yang Winona n Keanu bekas pasangan kekasih.. Tapi WRONG!!! Winona dengan Johnny Deep la.. Apalah aku ni.. Konpius..

Saturday, October 10, 2009

Uploading a pic..

Im in the midst of uploading my pic to the Muka Buku.. Entah lah, it's without fail mesti aku tidak akan berjayanya mengupload gambar. Ntah pasal aku ni buta IT ke atau apa..



Tapi kalau gambar satu- satu boleh pulak..



I ask my friends, macam senang saja diaorang buat. Hmm.. sabar, untuk mendalami sesuatu yang baru itu kena bersabar..



Aku saja-saja mengupdate blog yang tidak berapa dikunjungi ni. ( Hehe .. sedar pun) Mungkin kalau aku meletak gambar bogel.. kebarangkalian untuk dikunjungi itu berlipat ganda agaknya kan? Promosi murah! Hehe..



Aku baru sahaja membaca blog anak buah yang tercinta. Aku senang dia pun senang.. Mudah - mudahan dia ok ok aje disana..



Sambil-sambil aku menekan-nekan untuk mengarang disini.. aku menengok nengok la gambar-gambar di muka buku. Ternampak gambar kawan sekolah dahulu. Wah.. dulu aku memikirkan yang kawan aku seorang ini mempunyai wajah yang cantik dan menarik.. Tapi sekarang.. aku rasa sepupu aku yang gemuk itu lagi cantik dari dia! Hahaha.. bukanlah cemburu, tapi kenyataan! Hehehe..



Dan tidak mau riak la ye.. aku lagi cantik dari dia! Asthafirulla al azim.. bawak mengucap eg.



Kecantikkan itu dari persepsi masing -masing. Ada yang suka cantik ayu.. ada yang suka cantik jelita, cantik comel pun ada .. macam - macam cantik lagi lah..



Mungkin aku ingin meletak gambar yang baru-baru ini.. bukan la baru sangat pun. Tapi waktu bulan puasa lepas.. Aku suka tengok gambar ku ini.. macam naive je..Not too much make up.. just a plain jane.. but it's capture my heart.. :)





Kalau ada sapa-sapa di luar sana yang ingin mengutuk gambar ini.. kutuk la..

Yang penting aku bahagia.. ( Macam budak-budak punya ayat kan?)








Aku sebenarnya.. terkeliru dan bercelaru sedikit.. macam mana agaknya aku ingin mengisi open diary ku ini. Bila aku "blogwalking' semua konsep macam sama saja. Diaorg akan menceritakan.. tentang perihal semasa.. cerita - cerita kelakar.. ataupun apa sahaja supaya orang boleh membaca blog mereka. Tapi aku? I have no idea at all!!


tapi bila aku membaca kembali diary ku yang dulu - dulu.. not bad! Sometimes im a bit joker and hilarious .. I can write.. but when it comes to HERE.. i blank!

It's ok.. i't will develop time by time.

Kadang-kadang ada cerita lucu yang aku ingin ceritakan disini dari kehidupan seharian ku.. tapi tak sempat pulak aku mau menaip. Bila dah nak menaip.. dah lupa semua..

Pembaca-pembaca di luar sana.. tolong la bagi komen pada aku yang 'kesian' ini.. Huhu

Salam.

Friday, October 2, 2009

Semangat Baru..


Aku telah mendapat satu semangat baru sejak balik dari Sandakan. Termenung sambil merenung ke luar tingkap pesawat.. Aku dah lama bekerja di Tanah Semenanjung, tetapi tiada hasil yang dapat ku banggakan untuk dibawa balik ketanah tumpah airku.. especially untuk aku tunjukkan pada kedua ibu bapa ku.


Sudah dekat sepuluh tahun bekerja.. tapi ....

Aku tak nak mengeluh..


Tuesday, September 22, 2009

Selamt Hari Raya... ( Before fly to Sandakan)

Aku sekarang di Bumi kelahiran ku , iaitu Sandakan. Beraya di sini.. 9 hari aku disini.Tadi tengahari aku pergi ke rumah sepupu ku di batu 7 Fajar. Wah. sampai sekarang aku kepeningan kepala. Datang ke sana pukul satu, but ended makan tengahari bila jarum mencecah ke pukul 4.




Ada majlis 'hantaran'. Tapi rasa macam majlis perkahwinan saja. Sempat la aku jadi 'pengapit' sekejap. There's a few pic i already taken otw from KL to Sandakan. Aku mau menulis perjalanan ku from the day aku cuti hingga sekarang la. Nak menghupdate kan blog la ni kiranya..


Sebelum balik on 20 hb aku sempat ambik gambar - gambar anak buah ku untuk tatapan neneknya di Sandakan.. Ambik ucapan video lagi. Kesian jugak aku tengok kakak ku yang dah lamaaaa sangat tak balik Sabah.







My sister.. sebelum membagi ucapan to my mum.. Hehe..
That's is my newest niece.. Nurul Azya Azyan. Dipanggil acha.. Macam Acha Sepriasa je kan?
Tema baju warna biru..
Ntah la apa lagi nak tulis.. Aku ni lately cepat sangat kehabisan idea mau menulis..
Rasa macam nak upload je gambar- gambar.. biar gambar saja yang bercerita..
Right now im at the CC. So lagi lah kelam kabut la gaya penulisan ku.. Mesti pembac a di luar sana pun boring...