Saturday, October 30, 2010

Ingin menjadi kurus..






Tadi pergi window shopping..

Nampak seluar denim yang agak stylish and jenis strechable..

Ambik size L.. Yang besar sikit kerana sedar diri punggung ala2 Kim Kardashian.. (Hakhakhakkss)

Masuk fitting room nampak confident..


Kaki kanan dahulukan dulu ..masukkan seluar.. ok boleh masuk

Kaki kiri pun smooth je..


Sampai kat pinggang ok..

Tahan nafas sikit.. butangkan butang tu.. (teringat lagu button pcd.. )I'm telling you loosen up my buttons babe... Oh yeah


Nampak la jugak 'camel toe' tapi tak la dasyat sangat cuz warna seluar tu hitam tebal..

Then sarungkan top warna kelabu..


Jeng jeng jeng...



Aku merotate kan diri depan cermin.. ke kiri ke kanan.. bila aku tengok ke kiri.. nampak perut boroi aku terjojol keluar..


Aku nampak macam Ah sao la pulak.. Auntie yang dah beranak lapan nak pergi keluar berjalan..


Frust gua!!!! Bila la aku nak kurus!!!!

When i see my view infront of me in the mirror.. flash in my eyes everything that im eating.. lazy want to go to gym.. etc...


Eg !!!! Wake up!!! Bila la kau nak kurus kalau kau HANGAT2 TAHI AYAM!!!


Aku nak kurus macam dia..






Sekarang umur dia lebih dari 30 tapi still nampak mengancam.. Mesti kerja dia pergi gym je kan??

Sunday, October 24, 2010

Festival Filem Malaysia ke 23



Aku nak komen sikit pasal rancangan yang tengah ku tontoni sekarang di kaca tv.
Nak komen satu benda sahaja. LAME! Boring!

Red carpet dia pun kelakar.. kalau nak bandingkan dengan Hollywood jauh panggang dari api. RedCarpet mestilah ambil gambar kan? Dah ada jurugambar bertugas untuk ambik gambar.. korang semua (artis & pelakon) dah bergaya makeup bagai nak rak.. so buat apa sia2 kan ia dengan tidak mengambil gambar? Tunggulah sekejap untuk diambil gambar, ini tidak .. jalan meluru macam nak kejar emas je kat depan mata diorang...
Ine thing je, they all MALU2 KUCING!! Hey babe.. rilek la.. loosen up la sikit.. korang dah jadi artis so dah kerja korang bergaya untuk peminat2 korang.. Buduh!!

Gandingan pengacara pun fail.. oK lagi sikit Zizan n Sharifah Shahira.. Tapi Sapa mamat sengal tu.. Hezry Hashim.. control sengal.. hahahah..

Aku tengok siaran langsung ni pasal nak tahu sapa pelakon terbaik.Salah satu penyampai pun dialog macam waktu zaman dolu je zaman 80 an.. ikut skrip memanjang..

Show atas pentas pun fail.. Si radhi oag terkinja2 macam lepas hisap gam je.. (Biasa la identiti dia kan)..

Penyampai buat lawak pun takde respons dari dewan.. Aku di rumah yang tergelak sakan.. Sampai penyampai kena cakap macam ni.." Please la tepuk tangan untuk sya ... "..

Bila la Malaysia nak berubah.. upgrade sikit.

Anyway Kru memang marbeles!! Fresh idea..
Filem2 lain pun boleh tahan la..


Ok adios .. sampai disini sahaja rancangan kali ini.
Berjumpa di siaran lain.. hoho

Saturday, October 23, 2010

My Dearie friend Part 2


Hello ! Hello!!
I'm back..Ok sambung balik cerita semalam yang tergantung.
Selesai memindahkan barang2 Datin Ejah di stor Unisel. Kami pun kembali bertolak ke Sunway. Tapi nak cerita sikit jugaklah perangai kami (Aku n Mr Rasidy)waktu on the way ke Unisel. Tiba2 ada lagu favourite kami terkeluar.. I'll be missing you by Puff Daddy (Time tu la.. sekarang nama dia tukar je P.Diddy). Mr Rasidy ber rap.. aku pulak nyanyi bahagian si Faith Evans tu je.. Heheh.. Thingking of the dayyy... When u went away... What a life to take , what a bond to break .. I'll be missing youu...

Aku bersyukur jugaklah dapat pasangan yang sekepala.. walupun dua2 kepala ego. Huh! Bila bergaduh tak hengat.. Tapi last2 berbaik jugak cuz mengenangkan kasih sayang yang mendalam itewww... Heheheh..

Apa lagi ya.. Tengok tu.. sebenarnya tajuk entry memang tak sampai2 lagi isi cerita dia.. Asyik cerita yang bukan2 je aku ni. Huh ! perangai tak berubah2 aku ni dari sekolah sampai la sekarang..

Ok la aku short cut kan la cerita ku ini.. Sebenarnya aku nak cerita.. selepas dari unisel ada kawan aku sorang.. kawan baik yang lama tak jumpa.. dia call nak tau macam mana nak letak nuffnang dalam blog dia.. Heheehehe..

Dari petang sampai la ke tengah malam kami asyik bersms.. Sampai pagi tadi pun ada continuous sms about it.

Aku ajar dia macam mana nak cantikkan blog.. lalu aku bagilah url blog aku..
Pas tu dia sms.. wah ada cerita ku dalam blog kau.."

Huh?? Aduhh... aku lupa yang aku ada 'mengumpat' tentang dia di blog aku!!
Kekantoian yang melanda..
Tapi nasib baik aku ni bukan orang yang berhati busuk.. aku ialah orang yang berhati fabuluso.. yang dari jauh harum bau dia.. ekekek.. Aku tak la mengumpat dia.. tapi aku memuji dia dalam diam... Tapi bila dia dah terbaca.. maksudnya .. aku memuji dia dalam bising la pulak kan.. hmm..

Ok la tak nak merapik lagi di sini.. nanti boring pulak orang baca kan..

Anyway.. it's a good journey that day.
ok wait seminit..

-Lepas Unisel - Ke Mydin beli barang untuk yana and the baby in the house!! - Then ke Taipan tengok2 kalau ada stok kucing comel( Si Ejah hampir 'terpedaya' dengan seekor kucing parsi hitam yang minta dibawak balik - Then after that balik rumah..

Bila sampai rumah.. ada pulak anak2 %^&*$%%$!!

Si ejah tak terkata.. anak2 kakak dayang yang pro aktif melebihi tahap gaban.

Malam tengok Juon.. Tapi sekejap je.. then sambung main baking life..
Susah kalau ada 3 account aku kena jaga (Playing baking life)..

Malam tidur.. ada bunyi kucing yang pelik bunyi dia..Huhu

Ok sekian cerita saya kali ni.

Muahsss. Love u all!1

Owner of Charming
XXOOXXOO

My Dearie Friend

Dah pukul 12.30 tapi aku ada mood untuk menulis malam ni. Mata dah mengantuk tapi hati tu gatal nak jugak menulis.. Tiba2 ada udara luar yang sejuk menerobos masuk ke kamar beradu ku ( Chewah.. )
Pagi tadi kami bangun pukul seawal pukul 5 pagi. Breakfast di Restoran yang agak terkenal di kawasan Bandar Sunway (Metro) Shaaz. Aku makan satu set roti, my Rasidy makan roti canai bersama dengan nescaffe panas.. Oh aku pulak minum teh tarik.
Memandu di awal pagi memang best. Destinasi kami ialah batang berjuntai yang sudah ditukar kepada Bestari Jaya. Kami akan menjemput anak buah yang dipanggil ejah. Tapi hari ni dia macam ala2 datin bak kata Rasidy. Apalah aku ni melalut2..
Si ejah tu belajar di unisel. Cantik tapi jauh jugaklah tempat dia. Nasib baik ada highway.. and ber'nasib baik' jugaklah dompet kami bayar tol je.
Kami sampai depan hostel si ejah dalam pukul 8 pagi.. Aku call ejah.. dia dalam keadaan mamai menjawab panggilan.."Ejah.. kami dah sampai di sini.. " hehe .. Ejah membalas "Apa???!!! Aku fikir kamu lambat sampai.. manatau kamu sesat lagi ka??Dengan nada tidak mempercayai yang kami sudah sampai di unisel. Aku membalas.. "Kan aku cakap kami bertolak sebelum subuh lagi... Hehehe" ..
Ok lah.. mata dah ngantuk ..aku sambung lagi cerita ni boleh bah kan..

Nite2... (Apalah punya blogger.. pemalas!!)..