Saturday, September 25, 2010
My Charming sudah berpunya!!
Sebenarnya title di atas sudah lama berlaku. Tapi baru sekarang aku ada masa untuk mengupdate tentang tunang si charming.
Sebenarnya aku n bf saja ingin menanya tentang clinic mana yang terdekat untuk charming. Bila dah sampai di kedai, boleh pulak bf aku terpikat dengan satu kucing kecik. Bila ditanya kenapa suka sangat dengan kucing ni, " sebab inilah warna yang ku cari2 selama ni"..
Then i asked again.. is this male or female.. Orang tu jawab.. Female. Lagilah bf aku suka yang teramat sangat. Sesuai sekali!!! kata bf aku. Tanya harga... Hurmm.. Harga dia takdalah mahal sangat seperti mana2 baka persina yang lain. Ada tu yang kecik pun dalam RM 1500..
Sempena world cup dia jual murah sikit. Dengan perasaan yang membuak2.. bf aku terus cepat ajak ke mesin ATM yang berdekatan. Siap pesan dengan tuan punya kedai lagi jangan jual anak kucing tu dengan orang lain.
So akhirnya kami membawa lah pulang seekor lagi anak kucing ke rumah. Siap bergurau dengan kak Dayang yang kami jumpa kucing tu kat luar. Dia terkejut.. cantiknya!! Eh mesti tuan dia cari balik ni..
Hari berlalu .. tak sangka dah 2 bulan anak kucing yang kami namakan britney tinggal di rumah. She also get along very well with our dearest Charming. Happy tengok charming ada teman.. Kalau dulu selalu terbaring macam orang kehilangan anak bini ataupun macam Donald Trumpa yang jatuh bankrup. Sekarang happy macam pelakonhindustan yang berlari2 di taman siap tukar2 baju lagi lagaknya..
Pernah jugaklah Britney hilang selama 2 hari. Cuba nak buat biasa, tapi tak boleh.. Kami assume yang dia memang dah kena kidnapped oleh orang cuz bulu dia memang cantik. Aku pun kalau jumpa kucing macam tu memang tak lepas punyalah.
Suatu pagi dalam pukul 5, my bf terdengar suara anak kucing mengiow lembut.Dia pun dengan cepatnya terus pergi ke bunyi tu.. Britney ada kat tepi balkoni.. Dipendekkan cerita.. Bulu dia memang kotor siap dengan daun2 and lumpur.. Kami terfikir mesti dia bersembunyi di pokok2 renek. Sebab kalau dia disembunyikan oleh orang.. badan dia mesti bersih.
Malam sebelum dia ter'ke'jumpaan tu, aku dah bermonolog dalaman dengan Britney. "Britney, tolong lah jaga dirimu baik2.. kalau kau boleh lepas dari orang yang menculik kau tu, tolonglah keluar dan baliklah ke rumah.. Mama menunggu mu... "
Mungkin dia dengar ke? Instict dia kuat ker? Tapi yang penting aku dah semakin sayang dengan Britney sejak dia hilang tempohari. Charming memang dari dulu selalu hilang tapi dia pandai jaga diri.. Dia pandai pulang balik.
Kadang tu kami yang terpaksa turun padang looking for him.
Ok la setakat ini saja post kali ni.. Nanti kalau dia dah beranak ke.. akan ku publishkan kat sini..
*Sorrylah kalau text tunggang terbalik... *Tiada kemahiran yang khusus dalam era penulisan :)
Subscribe to:
Posts (Atom)